SHAH ALAM: Ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.
“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja... orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Ahad.
Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna di laman maya berkenaan dengan lebih 11,000 tanda suka diberikan.
Pemilik akaun bernama FiziHassan88 mendakwa bahawa dia cukup mengenali Tan Sri itu.
“Saya kenal Tan Sri ni sebab saya pernah bekerja di hotel miliknya. Saya berhenti dari hotel itu pun sebab, malas nak sebut,” kata FiziHassan88 dalam ruangan komentar hantaran Aliff Syukri itu.
Seorang lagi individu bernama Ezza_Azzaiti dipercayai bekerja di bawah Tan Sri tersebut berkata, ramai dalam kalangan pekerja termasuk dirinya tidak dibayar gaji semenjak pandemik Covid-19 dahulu.
“Saya tidak akan halal dunia dan akhirat duit gaji saya,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023
Hantaran Aliff Syukri di Instagram berhubung bekas menteri bergelar Tan Sri yang masih belum menjelaskan hutang kepadanya, menerima lebih 11,000 tanda suka daripada pengguna. - Gambar fail BERNAMA
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
Richard Branson lengkapkan misi angkasa lepas
Hartawan Richard Branson melengkapkan misi angkasa lepas, apabila pesawat angkasa Virgin Galactic berjaya mendarat di Spaceport, New Mexico.
Taikun hartanah Ting Pek Khiing meninggal dunia
Memetik laporan Seehua, hartawan pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia pada petang Jumaat.
Robert Kuok kekal orang paling kaya di Malaysia
Robert Kuok berada pada kedudukan nombor satu lagi dengan nilai bersih AS$11.5 bilion, kedudukan yang dipegang selama lebih dua dekad.
Pengasas IOI Group meninggal dunia
Pengasas dan pengerusi eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Anak hartawan India berhabis RM400 juta, jemput Beyonce ke majlis perkahwinan
12 Disember 2018 bakal menyaksikan India antara negara yang mempunyai perkahwinan termahal di dunia.
Bilionair sedunia makin kaya, mereka sepatutnya mampu akhiri kemiskinan global 7 kali
Dunia kini mempunyai 2,043 bilionair, dengan seorang bilionair tercipta selang dua hari pada tahun lalu.
Hartawan keji tipu renjer, sesuka hati bunuh haiwan di taman negara
Antara bangkai haiwan yang ditemui bersama Premchai adalah harimau kumbang dan rusa yang sudah disiat kulitnya, serta burung kuang raya.
Hartawan Hong Kong, bekas pegawai pemerintah disabit kesalahan rasuah
Hartawan hartanah Hong Kong, Thomas Kwok dan bekas pegawai tinggi pemerintah, Rafael Hui, didapati bersalah atas dakwaan melakukan rasuah.